Pages

Monday, February 13, 2012

Ini super ohsem part 1

Oh terima kasih gomen. Sebab bagi cuti banyak. Okay tak lah banyak sangat tapi lebih dari sehari kira banyak lah kan. Terima kasih terima kasih terima kasih. Sayangggg gomen sayang Pak Najib. Satuuuuuuuu Malaysia!!!!! *sambil angkat jari telunjuk*


Ini adalah trip yang sangat sungguh ter-ohsem di samping memerlukan bajet yang rendah. Bajet yang rendah lah kan kalau kau tolak harga tiket kapaterobang Pijahhhhh (--"). Tadi dah sayang Pak Najib, sekarang sayang kakanda pulak. Terima kasih kakanda kerana menyeponserrrrr tiket kapaterobang ku. Semoga anda diberkati sentiasa.


Garang tau awak ni rawrrr.


Low budget trip dimulakan dengan lafaz Bismillah. Eleh tipu ni. Tak baca Bismillah pun tu sebablah bas datang lambat sejam arghhhhhh marah beteii. Dah lah lambat datang, bas kalau cantik and baru takpe gak. Ni bagi bas yang macam dah nak nazak. Masuk gear pun macam kan nak runtuh bumbung bas. Tergedek gedek atas highway. Argh! Berhenti kat Slim River dah lah lama gila. Beli roti ikan bilis hanyir and air mineral kena bayar RM3 eh palotak kau ingat aku ni bank bergerak keeeee? Hoh marah.

Whatevahh. Malas mengenangkan perkara yang mendatangkan amarah. Nak 'cut the crap' lagipun. Esoknya ke kota Singa woot!

Pagi buta lagi dah keluar rumah. Semangat sangatttttttttttttt. Naik taxi alahai 20 minit je dah sampai. Ceh ingatkan jauh bonaaa.


Ada nampak itu anak panah?? Moh kita.


Rasa nak curik benda alah ni! Gewam. Omel sangat. Eh?




Soalan teka teki teka tekuk. Ada nampak beribu riban orang kat sini? Nan hado. Ni bukti kitorang datang awal pagi sesudah subuh (T___T).

Nah bukti lagi memang nan hado orang kat sini. Bebetul pagi ni woy, tak tipu!


Takde orang lain selain aku. Candy je banyak berterabur atas pokok.



Ni kat area USS tu jugak. Entah mana aku pepusing. Tak dapat masuk sebab tak bukak lagi, so amek gambar je lah.


Nak terbang tapi tak mampu. Maka jadi begitulah (--")


Gate. Masih tutup.


TAKDE ORANG KANNNNNNN. Told ya.


Bukan takat takde orang, globe UNIVERSAL ni pun tak pusing lagi! Takde keluar asap (wap air sebenonye) lagi. Semua takde lagi. Aish. Awal bona.

Semangat sangat datang awal sebab nak beli tiket. Dengarnya tiket beli on the spot cepat sold out. Gila kauuu nangis tak berlagu kalau datang sini lenggang kangkung pastu cakap tiket sold out. Dah tu apa motip terbang ke Kota Singa kan?


Betul sangattt, berdirinya aku di situ sebab nak tolong bukak kan kaunter tiket (--").


Le cousin, Fahmi.


9 adults, 1 child.


Kaunter tiket bukak kul 9. Tapi USS bukak kul 10. Menyeksa jiwa raga bakul betul lah. Lapaq tau tak? And i had McD Egg McMuffin Griddle. Roti dia ni ada rasa manis sikit. Letak madu kot? Sedap sedap.


Adakah roti McD memang ada simbol ni? Ke aku je yang baru perasan?


Ngantuk. Nak tidur. Bai.


:: FieZa9 ::

Friday, January 27, 2012

Cuti sem yang tak berapa nak cuti sem

Ni antara memuka yang tak larat nak ngadap paper MS dah.


MALAYSIA STUDY Y U NO EASY??? Arghhhhhhhhhh!!!!


Nampaknya diri ini agak stress dengan paper MS, balik bilik terus tidur. Tidak ke mana mana, ini satu rekod baru woohoo. Sampaikan mak pun pelik mengapakah aku tidak berjimba (--").

Tanpa melengahkan masa dan berfikir panjang, adalah lebih afdhal sekiranya mengadakan sesi makan memakan.


Terima kasih Domino's, mengubat hati yang lara ini. Semua MS punya pasalllll. Ecceh alasan.


Balik rumah, seminggu dok terperap dalam bilik tak buat apa. Alahai bosan sungguh lah cuti sem kali ni. Ecceh lagi sekali, padahal tiap kali cuti sem pun bosan taktau nak buat apa.

Ke KL lah kitaaaaaaaaaaaaaaaaa. Secara rasminya, ni lah first wedding member yang aku attend. Before ni ada dapat invitation dari orang lain, tapi tak dapek nak pergi, banyak halangan dan kekangan. Ecceh kali ketiga.


Congratulations Zaim Syafiq and isteri (:


Cam sesegan lak nak amek gambar dari dekat. Kang cakap tak pernah jumpa pelamin lak. Wakaka.


Pengantin dah sampai, tak sesegan nak amek gambar dah. Wakaka. Apa punya perangai (--")


Wedding guestbook rasanya nama benda ni. Time aku nak tulis laaaaaaaaaaaa ramai orang beratur nak tulis gak. Eeeeeee tak pepasal jadi gelabah. Apa benda yang nak digelabahkan pun taktau lah.


Settle wedding. Malam? Makan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. My bro brought us to kedai Thai. Kat Taipan. Nama full kedai tu tak ingat lah pulak. Apa aje lah yang aku ingat except for makan kan kan kan.


First time dapat nasi bentuk cube. Agak pelik tapi agak wow. Macam tak terfikir nasi boleh jadi bentuk cenggini. (--")


Makannn yay makannn nom nom nom.


Poie Soromban pulak. Tweet tweet tweet dengan Ajis and Chapoipoi, then keluar jejalan dengan dorang. Yay yay macceh Ajis. Tapi tu pun tak berapa nak jejalan sangat lah, takde aktiviti sangat pun. Dorang tengok aku makan mee pelik, pastu tengok Ajis main arcade, then bowl. Bowl 2 game je punnn tapi cik Pijah ni pancit. Ceh Pijah apa aje yang kau tak pancit. Hmph.


Tangan Ajis yang konon macam 'zasss-zasss-zasssssss'. Dapat lah score D. (--")


Si teruna. Ajam, Ajis, Jul


Okay tu je nak cerita. Eh bosan sungguh. Ending tah apa-apa. Nah amek gambar makanan nyam nyam. #tetiba












:: FieZa9 ::

Tuesday, January 17, 2012

Alahai parents

Update terusssssss selepas kejadian. Sampai sekarang aku masih tergelak with what had happen. Alahai kesiannya mummy daddy ku.

Ceritanya cenggini. Kat rumah ni, orang yang paling awal akan bangun is my mother. Sebabkan hari ni hari Selasa, an ordinary day, she will be up by 5.30 am macam tu lah. Same goes to my dad. Well waktu Subuh kan masuk lambat sekarang, so normally ayah aku bersiap untuk ke surau every single day.

But not today. Parents aku tak dapat keluar bilik sebab tombol pintu ada masalah. Wahahaha. Eh macam kurang ajar eh gelak kat parents (--").

Tombol pintu memang dah tercabut. Pintu dah berlubang. What do you expect? Takkanlah tetiba boleh muncul any useful tools dalam bilik kan. So they try and try and try and wait for me up for Subuh at the same time.

Toooooo baddddd si Pijah ni bukannya reti bangun awal. Maaf mak ayah. Poyo set alarm kul6.15. Tapi nak bangun kul6.15 memang nan hado lah. Kalau kat UTP ni osahhh lah bangun kul6.40. Tapi sebab kat rumah, tidak pula ku berani lakukan begitu hew hew. Hanya mampu set alarm lagi 5 minit je. Haaaa gigih takkk set alarm kul 6.20 (--").

So bangunlah daku kul6.20. Bukak je pintu bilik hatiku berdetik, wah banyaklah kau berdetik kau ingat hati kau tu jam ke nak detik detik bagai?

"Dah kenapa ruang tamu ni senyap menyepi?"

Kemain puitis berbunga punya ayat di pagi hari. Selalunya kat tv tu mak aku akan on channel Oasis. Tapi pagi ni tak. Memang tak lah kan kalau dorang tak keluar dari bilik haih Pijah.

So ke toilet lah macam biasa. Then dengan niat yang tulus mulus ikhlas suci murni, nak kejutkan mak ayah aku bangun subuh.

Sampai je kat depan pintu bilik dorang, lerrrrrrrr udah bangun rupenyeeeeeee. Ayah tengah godek godek pintu bertuah itu.

Oh gelabah pula sebentar. Well Gelabah is my middle name, Nurhafizah Gelabah Shamsuddin. (--"). So i asked what i need to do.

"Bagi ayah screwdriver besar. Gi amek dalam kereta, dalam toolbox" kata Ayah kepadaku.

"Baik Ayah" jawab diriku.

Eh poyo.

Dengan mata yang macam bukak tak bukak, otak pun tak bebetul bangun, aku menurut perintah.

Dah pass screwdriver kat ayah, pintu pun berjaya dibukak oyeahhhh. ME GUSTAAAAA!!

Terasa hero pula di pagi hari. Walaupun sekadar pass screwdriver. Wakaka. Jaaaadilah.

Okay bai nak sambung tidur mwahaha.

--

Sent from Samsung Mobile

Sunday, January 15, 2012

RM1,000,000 Money Drop

Actually kan, aku menyampah gilaaaaaa dengan game RM1,000,000 money drop ni tau. Eh. Assalamualaikum pembuka bicara (--").

Sebab musabab menyampah adalah tak lain tak bukan, host dia sungguh lah tak best. Aku anti beteiii lah dengan AC Mizal tu. Fine, DATO' AC Mizal. Semua benda pasal dia memang aku tak berkenan ah. Tambah-tambah dia jadi host Maharaja Lawak. Arghhh tensionnnnnn tengok dia. Nasib baik boleh gelak time contestant buat lawak kan.

Anyway, bukan nak cakap pasal dia pun. Ni haaaa tadi aku gatai tangan join game RM1,000,000 Money Drop online. Online je ye, takde de keluar muka kat tv. Aku bukanlah seorang yang mengejar populariti. Eh tetiba.

Talking about this game, nice seyh.



Soalan dia, timing dia memang sebijik sejibon macam dalam tv. Kagum sebentar. Kategori apa yang contestant tu pilih, soalan apa yang contestant tu kena jawab, tu jugak lah kau kena jawab online. Memang tepat seminit dia bagi. Time duit tu jatuh pun memang sama dengan dalam tv. Wow.


Ngadap tv and ngadap lappy sekali harung.


Yang lagi best main game online ni, aku boleh Google jawapan. Kahhhhhhhh kah kah. Tapi nak dapat RM1,000,000 nan hado lah ye. Setakat iPod and iPad je dia bagi untuk game online ni. Tu pun aku taktau camne dia pilih pemenang. Ranking aku setakat ni nombor 3 ribu lebih. Hmph.



:: FieZa9 ::

Thursday, January 05, 2012

Tepek sini

The video was taken on 30th December 2011, during Pororo's birthday, at Pavi. UTP ada Pavilion haaaaaa.


video


Oh terjerit pula semasa merekod kan video ini. Maafkan daku (-____-")

:: FieZa9 ::